Powered By Blogger

Saturday, December 6, 2014

PENDAFTARAN MURID SESI PERSEKOLAHAN 2015


Pejabat sekolah akan dibuka bagi menerima pendaftaran dan pembayaran yuran, bermula 8 Disember 2014 dan pejabat akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dalam bulan Desember ini.

Monday, October 29, 2012

JAWATAN KOSONG SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

Pihak sekolah mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah kami. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume, dan sijil anda di alamat berikut:

SRA Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah
Kampung Tersusun, Lubuk Merbau,
33010 Kuala Kangsar, Perak.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak sekolah di talian:
Pejabat        : 05-7768851(Tel/Fax)
Guru Besar  : 019-4966840 (Pn Salmiah)
Pn. Kanan   : 017- 4161472 (Ustaz Kahar)

Monday, July 18, 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN MESYUARAT & FAIL SAR (16 JULAI 2011)

Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak bertempat di Kolej IslamPerak ini dihadiri oleh semua guru MUSQ.











Majlis ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.












Monday, May 16, 2011

HARI GURU SEKOLAH - SELAMAT HARI GURU

Pihak sekolah akan mengadakan sambutan hari guru pada 20/5/2011 (Jumaat). Seperti biasa para pelajar digalakkan membawa juadah untuk dikongsi bersama pada hari tersebut.


 Gotong-royong melibatkan para pelajar & guru sebelum majlis sambutan Hari Guru.
 Berkerja dalam kumpulan.












 Persembahan pelajar sebelum menjamu selera.
 Pelajar-pelajar MUSQ.
 Seperti biasa apabila selesai majlis, Tahun 6 akan mendapat tender mencuci pinggan.
Kerjasama dalam satu pasukan pencuci pinggan.

Sunday, February 13, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 14 Februari 2011. Ceramah berkenaan Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman. Pada akhir ceramah ini, akan diadakan kuiz untuk para pelajar, hadiah akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan.
Selepas selesai ceramah berkenaan para pelajar dan guru-guru akan menikmati jamuan yang disediakan.

Makluman kepada para pelajar, sila bawa :
1.  RM 1.00  bagi setiap pelajar untuk sumbangan jamuan
2. Cawan

Selamat menyambut Maulidur Rasul





























Tuesday, November 2, 2010

HARI PERSEKOLAHAN DAN CUTI SEKOLAH PADA MINGGU-MINGGU AKHIR

Untuk Makluman:
Tarikh Ganti                                              Tarikh Cuti Yang Telah Diluluskan
5/11/2010 (Hari Jumaat -Depavali)                          16/11/2010
13/11/2010 (Hari Sabtu)                                          19/11/2010

Diharap anda maklum akan tarikh di atas.

Maklumat Tambahan:
Pemulangan Buku Teks bermula pada minggu ini para pelajar perlu memulangkan kepada pihak sekolah dengan segera bagi mengelakkan masalah yang akan datang. Sila berurusan dengan guru SPBT iaitu Ustazah Hidayah.

Thursday, October 21, 2010

ROMBONGAN SEKOLAH KE KUALA LUMPUR PADA 23 OCTOBER 2010

Rombongan sekolah ke Kuala Lumpur:
Guru yang menguruskan: Ustaz Abdul Kahar Bt Ahmad Zawawi
Bil Pelajar : 37 orang pelajar
Guru pengiring: 6 orang
Tarikh bertolak: 22 October 2010 (malam, berkumpul di sekolah)